.
. . . . .

Sunday, June 13, 2010

You, You, You, and You...


Kadang- kadang aku selalu terfikir, kenapa orang marah kat orang lain sesuka hati je. Sebab kadang- kadang aku pun selalu je marah kawan- kawan & family aku sesuka hati. Orang yang marah tue tak pernah terfikir ke apa perasaan orang yang kena marah tue? Takkan la tak pernah rasa "menyesalnya aku marah dia tadi." Or takkan la tak pernah rasa "Eeeeiii... bersalahnya aku sebab marah dia tadi." Aku rasa mustahil,sedikit pun dia tak rasa macam tue. Sebab aku selalu rasa dua benda tue lepas aku marah sesiapa.

Okay, sebenarnya isu ni tak akan timbul pun, dan aku pun tak akan update blog ni just because nak share thought pasal marah. Cuma tadi aku agak terkilan dan sebenarnya terasa hati dengan seorang kenalan. So, sebenarnya bila kena kat batang hidung sendiri, baru la nak sedar. Well hidup ni memang penuh dengan K.A.R.M.A. kan? Kalau ada sesiapa yang ingat, dulu aku pernah tulis pasal K.A.R.M.A.

Bila benda macam gini dah terjadi kat aku sendiri, aku mula terfikir, berbaloi ke cakap baik- baik pada semua orang? Sebab selama ni aku berpegang kuat pada prinsip dan kepercayaan kepada cara cakap yang lemah lembut dan sopan. Even aku sendiri akan terus tak jadi marah bila ada orang tue cakap baik- baik. Even annoying macam mana sekalipun, aku akan terus bersabar sebab dia cakap baik- baik. Okay la... Tipu la kalau aku cakap I can control my anger 100% sebab kadang- kadang pun aku terlepas jugak marah aku pada orang (So, sesiapa yang pernah kena marah dengan aku, I'm so sorry la okay).

Dan aku selalu terfikir macam mana orang yang selalu berdampingan dengan orang yang suka marah ni. Mesti kesian kan? Kesian dari segala segi, sebab dia kene banyak bersabar, sebab dia mesti dengar orang megutuk, mengeji, bagi complaint kat dia (sebab dia yang rapat dengan si pemarah ni), sebab dia selalu berdampingan dengan si pemarah ni, mesti dia pun terkena tempias- tempias cas negatif ni kan? Ada sesiapa yang setuju tak dengan aku?

Tadi aku ada google sikit "How to Control Angry Feelings Anger Management Tips that Tame a Bad Temper" korang rasalah kan... Si pemarah ni akan ikut ke cara- cara yang ada kat macam dalam link yang aku bagi tue? Dan timbul lagi satu perkara, mereka sedar ke yang mereka tue sebenarnya pemarah? Dan itu mungkin cara yang ada dalam google la... Tapi kalau aku, aku ada cara aku sendiri. Sebenarnya cara aku & cara dalam google tue tak ada beza sangat pun.

Contohnya, aku akan Fikir dulu sebelum aku nak marah tue... (Okay macam aku cakap tadi kadang- kadang aku pun terlepas jugak, sebab aku tak boleh nak control 100%, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk kawal dan fikir dulu sebelum marah) Sebab apa kena fikir? Cuba fikir kenapa ko nak marah dia sampai macam tue sekali? Apa salah dia? Cakap elok- elok tak boleh ka? Ingat balik apa yang aku pernah tulis pasal K.A.R.M.A. dulu tue, hidup ini ibarat roda... hari ni ko marah dia, esok lusa orang lain pulak marah kat ko lagi teruk dari tue. Correct me if I'm wrong.

Aku akan dengar lagu favorite aku berulang- ulang kali sampai la aku tertido or terus lupa pasal apa aku nak marah tadi. contohnya macam lagu ni ...... (CLICK SINI) Bila korang dengar lagu yang korang suka berulang kali mesti korang rasa lega sikit.

Ataupun cuba la belajar memaafkan, kan dengan cara ni lebih mulia dari korang nak balas balik kemarahan tue pada orang yang tidak berdosa. Or cuba la berfikiran positif, selagi mana mampu bersabar, bersabar la. Mungkin dia jadi macam tue sebab kurang kasih sayang dari orang sekeliling. Or kita memang betul- betul salah. Aku tau, mesti ada yang kata "kalau asyik kita je yang kena marah macam mana? Sampai dah tak tahu dimana silapnya?" Jawapannya senang je.. Pergi la BUNUH DIRI. hahahaha.. Gurau je. Macam yang aku cakap tadi, kena la cuba sentiasa berfikiran positif.


Tak pun cuba la amik air sembahyang ke, baca doa ke, berzikir ke, walaupun aku tak pernah cuba or tak selalu buat, tapi aku percaya cara ni la yang paling berkesan sebab, dengan cara ni la korang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. Dengan mendekatkan diri dengan Tuhan Insya Allah korang akan rasa cepat hilang bile nak marah tue. Dan tak salah kalau korang baca.

Kepada orang- orang yang berkenaan, aku mintak maaf dari hujung rambut aku yang dikatakan kejong ni sampai la hujung kaki. Dan sesiapa yang pernah kena marah dengan aku tue, thousand of apologies from me.

Tapi kena ingat satu perkara, kalau kita asyik berdiam diri je, bila kena marah, orang akan ingat kita lemah, dan lurus bendul, sooner or later ada yang akan ambil kesempatan. So orang cakap buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali. Itu orang cakap la, tapi kalau aku plak cakap, Biar la orang buat kita, jangan orang buat kita sebab hidup ini penuh dengan K.A.R.M.A. Kalau sekarang dia tiadak mendapat balasan yang setimpal, sentiasa la ingat bahawa Allah S.W.T. itu Maha Adil.

7 tenggelam:

Puteri Sepi said...

wah. dah lama tk update blog. ingtkan dah tukar blog lain =)

AMIR KOMENG said...

patut jugak marah-marah...dah perangai manusia cenggitu...giler..ingat pokok ker takder marah2...

K.A.K said...

kalau lah takde orang marah2..nanti dunia ini jadi bosan...jajajajaja!
aku baru je lepas marah member aku yang tak ubah macam parasit...

Afzainizam said...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

joven said...

beautiful blog..pls visit mine and be a follower.. thanks and God bless..

http://forlots.blogspot.com/

joven said...

beautiful blog..pls visit mine and be a follower.. thanks and God bless..

http://forlots.blogspot.com/

joven said...

beautiful blog..pls visit mine to,and be a follower..thanks and God bless..http://forlots.blogspot.com/