.
. . . . .

Friday, September 12, 2008

kala malam bulan mengambang


Beberapa hari yang lepas, kawan- kawanku telah menemui satu laman web yang begitu menarik perhatian ramai. Sehinggakan aku sendiri terpukau dengan kelicikan orang telah mahir dengan laman sesawang yang telah diperkenalkan kepada kami dan juga orang yang telah mencipta laman web tersebut. Nak dijadikan cerita, laman web ini diibaratkan seperti laman web untuk menilik nasib (tapi sebenarnya lebih kepada permainan "spirit- spirit of the coin"). Oleh kerana kita berada didalam bulan puasa, aku pun dengan berbekalkan iman yang senipis kulit bawang menolak sama sekali untuk melayari laman sesawang tersebut. 
Akan tetapi, nak dijadikan cerita kala malam bulan mengambang, aku pun telah mengunjungi TINGKAT (level lah..) kawan aku seperti biasa untuk menghabiskan masa yang terluang. Tidak menjadi seperti kebiasaan malam, kala malam bulan mengambang kali ini begitu hambar dan bosan dibilik yang aku kunjungi. Namun dibeberapa penjuru bilik di"level" itu dipenuhi dengan gelak tawa (bagai).
Aku menjadi kurang siuman dan perasaan ingin tahu menbuak- buak seketika. (Segeralah..) aku meminta kawanku itu membuka laman sesawang yang sedang hangat diperkatakan. Dan dipendekkan cerita, aku sangat tertarik akan laman web ini, dan terus mencuba(terasa syirik sejenak). Cubaan, demi cubaan diteruskan namun semuanya "hanjing"..... Apa yang aku harapkan sama sekali tidak kesampaian. 
Askjud, adalah laman sesawang yang sangat licik, dan hanya akan melayan orang yang dikehendaki sahaja (katanya la kan...). Segala pujuk rayu telah digunakna, akhirnya askjud bersetuju untuk melayani aku. (Segeralah..) aku pun telah menggunakan laman web itu untuk mengetahui apa yang aku tidak tahu.
Akhir kata, selamat mencuba. Harap, askjud mahu melayani kamu semua. jikalau sebaliknya, (segera lah..) panggillah aku untuk bantuan.

4 tenggelam:

padin said...

aiyoh!
askjud ni dRi aku part 1 dh tau dah!
huhu

aku pon ade power gak..
aku tanye die jawab tau..
segeralahhhhhhhhh
hahahhaa

DicKiE aDaMs said...

aku pon pakar kakak! sume soalan jud tu leh jwb utk aku!ko mahu terai?

Aliya Azmi said...

weh, budak teja tanya aku
"askjud layan akak je? nape ngan kita dia tak layan?"

aiyo.
nak terbahak2 aku ketawa!
tp aku save. balik bilik sambung ketawa.BWAHAHAHHAHAH..


best la kenekan org. all freaked! LOL

jomkenekan hom jeje? :p

Encik Luzzi said...

pnah dgr psl mende ni dlu.

budak cuak bile die ble jwb soalan kan?

tak prnah try lg. but nmpk mcm interesting.